I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, April 29, 2012

SELAMAT MENYAMBUT HARI PEKERJA 2012

SELAMAT MENYAMBUT HARI PEKERJA 2012
DARIPADA SELURUH WARGA SKTM
" Pekerja Berinovatif Penggerak Transformasi "

Sunday, April 1, 2012

LITERASI ICT

SKTM Jumaat 30 Mac 2012.
Literasi ICT melalui subjek Dunia Sains Teknologi diteruskan meskipun murid terpaksa berkongsi komputer akibat kekangan peralatan ICT. Namun begitu objektif pembelajaran yang disasar kurang berhasil akibat kekangan tersebut. Apapun minat dan kesungguhan yang ditunjuk oleh murid meningkatkan motivasi guru untuk mengajar kemahiran ICT kepada murid-murid SKTM. Tahniah diucapkan.

Thursday, March 22, 2012

PEMANTAUAN ICT 2012 OLEH BTP

SKTM Khamis 22 Mac 2012.
SK Teluk Medan menerima kunjungan Dr. Dorothy, Penolong Pengarah Unit Bestari BTP Putrajaya bagi memantau pengurusan dan perlaksanaan program ICT sekolah. Pada kunjungan tersebut, peserta rombongan diberi taklimat oleh En.Mohamad Shah b. Ramli, Guru Besar SKTM berkaitan Program Peningkatan ICT SKTM yang telah dan bakal dilaksanakan dengan memberi tuMpuan kepada beberapa aplikasi yang diperkenalkan oleh beliau seperti Rekod Kehadiran Guru dan Staf, Pengurusan Headcount, Analisis Ujian ABA3014, Analisis Guru Penyayang dan lainnya. Dr. Dorothy dan rombongan turut dibawa melawat ke Pusat Akses Sekolah, Makmal Bahasa dan bilik darjah untuk mengetahui status prasarana ICT yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Secara lisan, beliau berjanji akan mencadangkan kepada pihak kementerian untuk mempertingkatkan prasarana ICT yang hampir uzur di SKTM. Pada akhir kunjungan, satu sesi dialog berkaitan Program Peningkatan ICT Sekolah telah diadakan dengan En.Mohamad Shah Ramli. Guru Besar SKTM, En.Mohamad Shah b. Ramli merupakan salah seorang calon bagi kategori Tokoh Pengurusan ICT Sekolah peringkat kebangsaan sempena sambutan Hari Guru 2012. Turut hadir dalam rombongan berkenaan ialah En.Norazman b. Shah (Pen.Pengarah Unit ICT BTPN), En.Zainusham (Pusat Pembangunan Kurikulum) dan beberapa orang pegawai khas BTPN Perak. Semoga kunjungan akan merealisasikan visi dan misi ICT SK Teluk Medan.

Tuesday, March 20, 2012

TAKLIMAT PENGURUSAN ICT


SKTM Selasa 20 Mac 2012.
Taklimat Pengurusan ICT Sekolah disampaikan oleh En.Mohamad Shah b. Ramli, Guru Besar SKTM. Taklimat menumpukan kepada beberapa program ict seperti Aplikasi Analisis Ujian, Pengurusan Headcount dan Aplikasi Guru Penyayang. Sementara itu Program Kecemerlangan UPSR yang bermula jam 2.30 petang diisi dengan Bengkel Menjawab Soalan Matematik. Ceramah dan bengkel disampaikan oleh Pn.Hafizah bt. Abdullah, guru Matematik SK Jalan Matang Buloh.

Friday, March 16, 2012

PEMANTAUAN ICT 2012

SKTM Jumaat 16 Mac 2012.
SK Teluk Medan dikunjungi oleh 3 pegawai Jabatan Pelajaran Perak bagi pemantauan dan khidmat bimbing perlaksanaan program peningkatan ICT sekolah dalam rangka membudayakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Pegawai JPN Perak yang hadir ialah En.Abdul Rashid b. Shafie dan Tn.Hj.Hamdan b. Abu Bakar, Penolong Pengarah Pengurusan Maklumat dan En.Abdul Aziz b. Jamaluddin, Pegawai Khas BTPN. Dalam pertemuan tersebut, En.Mohamad Shah b. Ramli memberi taklimat ringkas berkaitan program peningkatan ICT sekolah manakala pihak JPN memberikan beberapa pandangan dan cadangan sebagai langkah penambahbaikan kepada program tersebut. Turut hadir pada pertemuan tersebut ialah Tn.Hj.Hamid Idris (PKG Telok Medan), Tn.Hj.Zainol Abidin Basri (Guru Penyelaras Bestari SKTM) dan En.Mark Armandus (Juru teknik ICT SKTM). Kunjungan berakhir pada jam 12.30 tengahari.