I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, June 27, 2011

PERHIMPUNAN MINGGU KE-23


SKTM Isnin 27.06.2011
Perhimpunan mingguan minggu ke-23 sesi persekolahan 2011 merupakan perhimpunan terakhir SKTM yang dihadiri oleh En.Shoyef b. Tukiman. En.Shoyef b. Tukiman mula berkhidmat sebagai Guru Besar di SK Teluk Medan mulai 16.12.2003. Sepanjang lebih 8 tahun menerajui SKTM, banyak perubahan yang telah dilakukan oleh beliau di samping menempa banyak kejayaan dalam bidang kurikulum, kokurikulum dan sahsiah murid. Beliau akan bertukar ke SK Methodist, Parit Buntar menggantikan guru besar sekolah tersebut yang bersara beberapa bulan lalu. Pada ucapan rasmi terakhirnya, beliau mengucapkan tahniah atas kejayaan SKTM menjayakan Kejohanan Olahraga dan Balapan Kali Ke-11 Khamis lalu. Beliau turut menyampaikan beberapa nasihat dan pesanan kepada murid-murid dan seluruh warga SK Teluk Medan bagi melangsungkan kegemilangan SKTM pada masa-masa hadapan. Seluruh warga SKTM mengucapkan selamat bertukar kepada En.Shoyef b. Tukiman. Semoga dalam peliharaan Allah selalu.

Wednesday, June 22, 2011

BENGKEL PETROSAINS 2011


SKTM Selasa 22.06.2011
Bengkel PETROSAINS telah berlangsung dengan jayanya. Bengkel ini dikendalikan oleh pihak PETROSAINS bertujuan mendedahkan kepada pelajar SKTM tentang kepentingan sains kepada kehidupan manusia. Pada bengkel tersebut, para peserta diberikan beberapa aktiviti ringkas bagi menerangkan konsep dan aplikasi teori sains yang mudah. Bengkel tersebut dikelola oleh En.Amar Hisyam Bahatim dari PETROSAINS cawangan Pulau Pinang. Rata-rata peserta merasa seronok dengan aktiviti yang dijalankan serta mendapat pengalaman pembelajaran daripada bengkel yang disertai. Terima kasih kepada pihak penganjur dan fasilitator.

TEMASYA OLAHRAGA DAN BALAPAN KALI KE-11

Friday, June 17, 2011

Zoom-A Hari Ke-2

Setelah dua hari dilancarkan, program pembelajaran interaktif melalui internet Zoom-A terus mendapat sambutan murid-murid tahun 6 SK Teluk Medan. Hasil pemantauan mendapati masih terdapat murid yang mengakses program ini sehingga jam 10 malam. Semoga program ini dapat dimanafaatkan sebaik mungkin demi kecemerlangan UPSR 2011. Tahniah kepada peserta Zoom-A SK Teluk Medan.

Wednesday, June 15, 2011

Zoom A 2011.

SKTM Khamis 16.062011.
Melalui konsep e-pembelajaran atau e-learning, guru dan murid tidak perlu lagi berinteraksi secara empat mata. Sebaliknya, proses berinteraksi berupaya dilakukan pada jarak yang tiada sempadan dan kekangan, iaitu hanya perlu menggunakan komputer dan internet sebagai medium. Sejajar dengan itu, satu taklimat Program Zoom A telah disampaikan pagi ini oleh Pn.Norihan Yusoff JK ICT SK Teluk Medan. Zoom A merupakan salah satu program pembelajaran interaktif melalui internet yang dilanggan oleh PIBG SKTM untuk murid-murid SKTM khususnya murid UPSR 2011. Sebagai rintis, 20 orang murid tahun 6/2011 telah dipilih untuk menjadi mentor kepada murid-murid lain. (Zoom A)

Wednesday, June 8, 2011

TINTA PENYELARAS

Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia melihat ICT sebagai suatu alat untuk merevolusikan pembelajaran, memperkayakan kurikulum, memperkembangkan pedagogi, menstrukturkan organisasi sekolah dengan lebih berkesan, melahirkan hubungan yang lebih kuat di antara sekolah-sekolah dan masyarakat, dan meningkatkan penguasaan pelajar. Konsep ICT dalam pendidikan dari kaca mata KPM merangkumi 3 polisi utama:

i. ICT untuk semua pelajar, bermaksud bahawa ICT digunakan sebagai sesuatu yang boleh mengurangkan jurang digital antara sekolah.

ii. Fungsi dan peranan ICT di dalam pendidikan adalah sebagai suatu alat pengajaran dan pembelajaran, sebagai sebahagian daripada subjek tersebut, dan sebagai sesuatu subjek tersendiri.

iii. Menggunakan ICT untuk meningkatkan produktiviti, kecekapan dan keberkesanan sesuatu sistem pengurusan.

Sejajar dengan hasrat KPM di atas, SK Teluk Medan bersama warganya akan berusaha sedaya upaya untuk merealisasikan hasrat tersebut dengan pelbagai program dan aktiviti yang sekaligus dapat merealisasikan VISI dan MISI " SK Teluk Medan Penjana Pendidikan Generasi Cemerlang dan Gemilang ". Pembinaan laman sesawang mini pada 08.06.2011 ini diharap akan memberikan informasi dan motivasi dalam memperkembangkan budaya ICT di kalangan masyarakat pendidikan khususnya warga SK Teluk Medan.