I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, November 25, 2012

KUNJUNGAN MUHIBAH SK BUKIT BERTAM


SK TELUKMEDAN Isnin 26.11.2012.
Unit ICT SKTM menerima kunjungan muhibah SKBukit Bertam, Rantau Panjang, Selama,Perak pagi ini.Kunjungan bertujuan untuk bertukar-tukar ilmu dan pengalaman berkaitan pengurusan ICT di sekolah masing-masing. Semasa kunjungan, peserta rombongan diberi taklimat berkaitan Program Pembudayaan ICT SK Teluk Medan oleh Cikgu Hj.Zainol Abidin b. Basri, Guru Penyelaras Bestari SKTM.. Rombongan yang diketuai oleh Pn.Hj.Noriah, Guru Besar SKBB tersebut turut melawat kelas Prasekolah KPM SK Teluk Medan.

WAJAH BAHARU PAPAN INFO

SKTM  Isnin 26.11.2012
Pembudayaan ICT dalam pengurusan SK Teluk Medan turut merubah wajah papan kenyataan. Papan kenyataan yang menggunakan kaedah manual sebelum ini digantikan dengan kaedah digital yang akan lebih fleksibel fungsinya. Selain daripada memaparkan info semasa, papan info digital ini turut memaparkan perkembangan semasa, peristiwa lepas dan info terkini melalui internet.

Friday, November 9, 2012

PENUTUPAN MINGGU ICT 2012 DAN HARI AKHIR PERSEKOLAHAN 2012



SKTM Jumaat 9 November 2012.
9 November 2012 merupakan tarikh keramat yang ditunggu-tunggu oleh sebahagian besar warga SK Teluk Medan kerana mulai 10 November 2012 sekolah akan bercuti selama sebulan setengah. Warga SKTM telah mula merancang-rancang aktiviti yang akan dilakukan sepanjang percutian tersebut. Bagi Pn.Piariene, hari ini merupakan hari terakhir beliau berkhidmat di SK Teluk Medan. Beliau akan mula berkhidmat di SK Kampung Selamat, Pulau Pinang mulai sesi persekolahan 2013. Sementara itu, Majlis Penutupan Minggu ICT 2012 berlangsung mulai jam 7.40 pagi. Pada majlis tersebut, pemenang bagi pertandingan yang berlangsung sepanjang Minggu ICT 2012 menerima hadiah. Hadiah disampaikan oleh Tn.Hj.Hamid b. Idris, Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Telok Medan. Selamat bercuti. Tunaikan tanggungjawab terhadap diri, agama, bangsa dan negara sebaik mungkin. (foto minggu ICT)

Thursday, November 1, 2012

VLE FROGASIA TAHUN 5


SKTM Khamis 01.11.2012.
Program VLE Frogasia mula diperkenalkan kepada murid SKTM secara berperingkat. Mulai jam 8.00 pagi, murid tahun 5 mengikuti taklimat program tersebut di dewan sekolah. Selepas taklimat tersebut, sekumpulan murid mengakses program tersebut dibawah bimbingan 4 orang murid 'Student Champion' di Pusat Akses SKTM. Taklimat disampaikan oleh guru ADMIN VLE Frogasia SKTM dengan dibantu oleh En.Mark Armandus, Juruteknik ICT SKTM. Sementara itu program Minggu ICT berlangsung seperti dirancang. Antara aktiviti yang berlangsung ialah Eksplorasi VLE Frogasia, Pertandingan Pantas Menaip dan Jejak maklumat Melalui Internet.(lihat foto)

KURSUS VLE FROGASIA R2


SMK Mudzaffar Shah 31 Oktober 2012.
Kursus VLE Frogasia R2 yang berlangsung di makmal komputer SMK Mudzaffar Shah, Semanggol masuk hari ke-2. Kursus yang bermula semalam tersebut melibatkan guru-guru Penolong Kanan, Ketua Panitia Mata Pelajaran, SU Sukan dan 4 orang murid tahun 5. Pada kursus tersebut, peserta didedahkan dengan beberapa perkara asas berkaitan program tersebut yang akan mula dilaksanakan mulai tahun 2013. Kursus dikendalikan oleh kakitangan Frogasia.

Monday, October 22, 2012

PELANCARAN MINGGU ICT 2012


SKTM Selasa 23.11.2012.
Majlis Pelancaran Minggu ICT 2012 disempurnakan oleh Pn.Hjh.Romlah bt. Salleh, PK Pentadbiran SKTM. Antara aktiviti yang bakal dilaksanakan sepanjang minggu ICT ialah eksplorasi VLE Frogasia, eksplorasi emel, MS Office, Pertandingan Dashboard Frogasia, Menaip Pantas, Membina Nota PPT dan mewarna menggunakan perisian paint. Program akan berlangsung selama 2 minggu sehingga 2 November 2012.(LIHAT FOTO)

Thursday, September 27, 2012

LADAP VLE 1BestariNet

SKTM Khamis 27.09.2012
Latihan Dalaman bertajuk Ekplorasi VLE Frogasia 1BestariNet berlangsung mulai jam 1.00 petang. LADAP disampaikan oleh Guru Penyelaras Bestari selaku admin bagi program tersebut peringkat sekolah. LADAP yang berlangsung selama 2 jam tersebut menumpukan kepada asas aplikasi tersebut iaitu log masuk, mengenal dashboard, mereka bentuk serta menambah item pada dashboard. Perkara lain berkaitan program berkenaan akan disampaikan kepada guru-guru secara berperingkat oleh kakitangan Frogasia sendiri secara berperingkat.

Monday, September 24, 2012

PORTAL RASMI SK TELUK MEDAN

KLIK BANER
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Mulai hari ini semua laporan berkaitan aktiviti semasa SK Teluk Medan, Bagan serai, Perak Darul Ridzuan akan boleh diakses melalui laman sesawang rasmi SK Teluk Medan di http://sktmbaganserai.edu.my. Namun begitu, halaman blog ini masih aktif serta akan dikemaskini serentak dengan portal rasmi SKTM yang baharu. Terima kasih atas sokongan semua pihak dan kesetiaan anda bersama kami. SK Teluk Medan Penjana Pendidikan Generasi Cemerlang dan Gemilang.

Sunday, September 23, 2012

PENUTUPAN BULAN KEMERDEKAAN 2012



SKTM Isnin 24.09.2012
Hujan rintis yang turun pada awal pagi tidak mengganggu perjalanan majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan 2012. Majlis turut diserikan dengan persembahan nyanyian daripada murid-murid tahun 3 dan tahun 6. Pada majlis tersebut, kelas 5B3 telah dipilih sebagai johan bagi pertandingan Kelas Ceria sempena bulan kemerdekaan ke-55. Pada majlis tersebut juga, Ustaz Mohamad Shah Ramli, Guru Besar SKTM turut memberikan taklimat ringkas berkaitan program VLE 1BestariNet Kementerian Pelajaran Malaysia. (lihat foto)

Thursday, September 20, 2012

TAHNIAH SK TELUK MEDAN

TAIPING 19 September 2012.
Bengkel Rekaan Laman Web Sekolah berlangsung selama 2 hari di Hotel Flamingo, Taiping. Pada bengkel tersebut, 30 buah sekolah dari negeri Perak wilayah utara telah dipilih sebagai sekolah rintis bagi program berkenaan. Kesemua sekolah yang dipilih mendapat akaun percuma selama 2 tahun daripada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia. Antara pengisian bengkel selama 2 hari tersebut ialah pembinaan laman web rasmi sekolah dengan menumpukan kepada pendaftaran laman web, reka letak dan pengisian bahan pada laman web yang telah disiap dibina. Bengkel Rekaan Laman Web Sekolah tersebut dikendalikan oleh kakitangan Syarikat Yeahhost Sdn.Bhd yang beroperasi di Pulau Pinang. Pada bengkel tersebut laman web SK Teluk Medan telah dipilih sebagai laman web terbaik berdasarkan kriteria 'updated' dan 'interactive link'. Taniah diucapkan. (lihat foto bengkel fb Doymy Domain Registry)

TAHNIAH SK TELUK MEDAN

TAIPING 19 September 2012.
Bengkel Rekaan Laman Web Sekolah berlangsung selama 2 hari di Hotel Flamingo, Taiping. Pada bengkel tersebut, 30 buah sekolah dari negeri Perak wilayah utara telah dipilih sebagai sekolah rintis bagi program berkenaan. Kesemua sekolah yang dipilih mendapat akaun percuma selama 2 tahun daripada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia. Antara pengisian bengkel selama 2 hari tersebut ialah pembinaan laman web rasmi sekolah dengan menumpukan kepada pendaftaran laman web, reka letak dan pengisian bahan pada laman web yang telah disiap dibina. Bengkel Rekaan Laman Web Sekolah tersebut dikendalikan oleh kakitangan Syarikat Yeahhost Sdn.Bhd yang beroperasi di Pulau Pinang. Pada bengkel tersebut laman web SK Teluk Medan telah dipilih sebagai laman web terbaik berdasarkan kriteria 'updated' dan 'interactive link'. Taniah diucapkan. (lihat foto bengkel fb Doymy Domain Registry)

Tuesday, September 18, 2012

BENGKEL REKAAN LAMAN WEB SEKOLAH


TAIPING 19 September 2012.
Bengkel Rekaan Laman Web Sekolah berlangsung selama 2 hari di Hotel Flamingo, Taiping. Pada bengkel tersebut, 30 buah sekolah dari negeri Perak wilayah utara telah dipilih sebagai sekolah rintis bagi program berkenaan. Kesemua sekolah yang dipilih mendapat akaun percuma selama 2 tahun daripada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia. Antara pengisian bengkel selama 2 hari tersebut ialah pembinaan laman web rasmi sekolah dengan menumpukan kepada pendaftaran laman web, reka letak dan pengisian bahan pada laman web yang telah disiap dibina. Bengkel Rekaan Laman Web Sekolah tersebut dikendalikan oleh kakitangan Syarikat Yeahhost Sdn.Bhd yang beroperasi di Pulau Pinang.

Friday, September 14, 2012

Eksplorasi VLE Kali Pertama 2012

SKTM Jumaat 14 September 2012.
Murid Tahun 6B1 dan 6B2 telah dipilih sebagai kumpulan pertama daripada kalangan murid SKTM untuk menjalani latihan VLE 1BestariNet. Setelah memperoleh ID dan kata laluan, kumpulan tersebut dibimbing untuk mengakses aplikasi tersebut dengan memberi tumpuan kepada pengubahsuaian 'dashboard' dan beberapa perkara utama berkaitan aplikasi tersebut. Peserta dibimbing oleh Guru Penyelaras Bestari selaku admin bagi aplikasi VLE SK Teluk Medan. ( lihat foto )

Wednesday, September 12, 2012

KURSUS VLE 1BESTARINET

Selasa 11 September 2012 PKG Taiping.
Dua kakitangan SKTM telah menghadiri kursus Virtual Learning Environment (VLE) Frogasia.Com. Ini berikutan SK Teluk Medan telah dipilih sebagai sekolah rintis program berkenaan bersama beberapa buah sekolah yang lain. Latihan disampaikan sepenuhnya oleh 3 orang pegawai daripada syarikat berkenaan dengan memberi tumpuan kepada akaun utama yang bertindak menyelaras perlaksanaan program berkenaan di peringkat sekolah. Melalui program berkenaan, kesemua guru, murid dan ibu-bapa diberikan satu akaun percuma oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia bagi membolehkan mereka mengikuti pembelajaran secara maya serta murid akan dapat mengakses pembelajaran yang bakal diatur oleh guru dari mana sahaja mereka berada. Namun begitu, kursus bagi guru-guru pula akan dilaksanakan secara berperingkat dijangka mulai akhir September. Pada sesi kursus tersebut juga, SK Teluk Medan turut menerima 20 unit dongle sebagai tambahan kepada 3 unit Zoom yang diberikan sebelum ini bagi memperluaskan kawasan boleh akses internet untuk pengajaran dan pembelajaran.

Wednesday, July 11, 2012

KHIDMAT BANTU PKG TELOK MEDAN




SKTM Khamis 12.07.2012
SK Teluk Medan dikunjungi oleh Saudara Mokrish, Juruteknik ICT PKG Telok Medan bagi khidmat bantu proses penyenggaraan peralatan ICT (STS). Sementara itu, pihak kontraktor yang mewakili RHL mula mengutip data penyenggaraan bagi proses tersebut. Terima kasih Saudara Mus atas bimbingan.

Sunday, April 29, 2012

SELAMAT MENYAMBUT HARI PEKERJA 2012

SELAMAT MENYAMBUT HARI PEKERJA 2012
DARIPADA SELURUH WARGA SKTM
" Pekerja Berinovatif Penggerak Transformasi "

Sunday, April 1, 2012

LITERASI ICT

SKTM Jumaat 30 Mac 2012.
Literasi ICT melalui subjek Dunia Sains Teknologi diteruskan meskipun murid terpaksa berkongsi komputer akibat kekangan peralatan ICT. Namun begitu objektif pembelajaran yang disasar kurang berhasil akibat kekangan tersebut. Apapun minat dan kesungguhan yang ditunjuk oleh murid meningkatkan motivasi guru untuk mengajar kemahiran ICT kepada murid-murid SKTM. Tahniah diucapkan.

Thursday, March 22, 2012

PEMANTAUAN ICT 2012 OLEH BTP

SKTM Khamis 22 Mac 2012.
SK Teluk Medan menerima kunjungan Dr. Dorothy, Penolong Pengarah Unit Bestari BTP Putrajaya bagi memantau pengurusan dan perlaksanaan program ICT sekolah. Pada kunjungan tersebut, peserta rombongan diberi taklimat oleh En.Mohamad Shah b. Ramli, Guru Besar SKTM berkaitan Program Peningkatan ICT SKTM yang telah dan bakal dilaksanakan dengan memberi tuMpuan kepada beberapa aplikasi yang diperkenalkan oleh beliau seperti Rekod Kehadiran Guru dan Staf, Pengurusan Headcount, Analisis Ujian ABA3014, Analisis Guru Penyayang dan lainnya. Dr. Dorothy dan rombongan turut dibawa melawat ke Pusat Akses Sekolah, Makmal Bahasa dan bilik darjah untuk mengetahui status prasarana ICT yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Secara lisan, beliau berjanji akan mencadangkan kepada pihak kementerian untuk mempertingkatkan prasarana ICT yang hampir uzur di SKTM. Pada akhir kunjungan, satu sesi dialog berkaitan Program Peningkatan ICT Sekolah telah diadakan dengan En.Mohamad Shah Ramli. Guru Besar SKTM, En.Mohamad Shah b. Ramli merupakan salah seorang calon bagi kategori Tokoh Pengurusan ICT Sekolah peringkat kebangsaan sempena sambutan Hari Guru 2012. Turut hadir dalam rombongan berkenaan ialah En.Norazman b. Shah (Pen.Pengarah Unit ICT BTPN), En.Zainusham (Pusat Pembangunan Kurikulum) dan beberapa orang pegawai khas BTPN Perak. Semoga kunjungan akan merealisasikan visi dan misi ICT SK Teluk Medan.

Tuesday, March 20, 2012

TAKLIMAT PENGURUSAN ICT


SKTM Selasa 20 Mac 2012.
Taklimat Pengurusan ICT Sekolah disampaikan oleh En.Mohamad Shah b. Ramli, Guru Besar SKTM. Taklimat menumpukan kepada beberapa program ict seperti Aplikasi Analisis Ujian, Pengurusan Headcount dan Aplikasi Guru Penyayang. Sementara itu Program Kecemerlangan UPSR yang bermula jam 2.30 petang diisi dengan Bengkel Menjawab Soalan Matematik. Ceramah dan bengkel disampaikan oleh Pn.Hafizah bt. Abdullah, guru Matematik SK Jalan Matang Buloh.

Friday, March 16, 2012

PEMANTAUAN ICT 2012

SKTM Jumaat 16 Mac 2012.
SK Teluk Medan dikunjungi oleh 3 pegawai Jabatan Pelajaran Perak bagi pemantauan dan khidmat bimbing perlaksanaan program peningkatan ICT sekolah dalam rangka membudayakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Pegawai JPN Perak yang hadir ialah En.Abdul Rashid b. Shafie dan Tn.Hj.Hamdan b. Abu Bakar, Penolong Pengarah Pengurusan Maklumat dan En.Abdul Aziz b. Jamaluddin, Pegawai Khas BTPN. Dalam pertemuan tersebut, En.Mohamad Shah b. Ramli memberi taklimat ringkas berkaitan program peningkatan ICT sekolah manakala pihak JPN memberikan beberapa pandangan dan cadangan sebagai langkah penambahbaikan kepada program tersebut. Turut hadir pada pertemuan tersebut ialah Tn.Hj.Hamid Idris (PKG Telok Medan), Tn.Hj.Zainol Abidin Basri (Guru Penyelaras Bestari SKTM) dan En.Mark Armandus (Juru teknik ICT SKTM). Kunjungan berakhir pada jam 12.30 tengahari.

Thursday, March 8, 2012

APLIKASI UJIAN ABA3014

SKTM Khamis 9 Mac 2012.
Aplikasi Ujian ABA3014 merupakan program yang dibina oleh Ustaz Mohamad Shah b. Ramli bagi memudahkan guru untuk membuat analisa item bagi tujuan pembelajaran yang lebih berfokus. Melaluinya juga, keputusan peperiksaan individu murid dianalisis secara automasi oleh komputer dengan terperinci. Taklimat penggunaan dan pengisian data pada Aplikasi Ujian ABA3014 disampaikan oleh Hj.Zainol Abidin Basri, Guru Penyelaras ICT SK Teluk Medan. Sementara itu, seluruh warga SKTM menyambut baik keputusan kerajaan menaikkan gaji kakitangan awam kategori pengurusan dan profesional sebanyak 13 peratus.

Friday, March 2, 2012

BIMBINGAN PENGGUNAAN PERISIAN MBMMBI


SKTM Jumaat 02.03.2012.
Taklimat Program Guru Penyayang disampaikan oleh Ustaz Mohamad Shah b. Ramli, Guru Besar SKTM. Antara konsep utama program tersebut ialah supaya guru mempunyai sifat keperdulian ( concern ) terhadap setiap perkara yang berkaitan muridnya ( every child matters ). Taklimat yang berlangsung selama 40 minit tersebut turut membentangkan draf cadangan program yang bakal dilaksanakan. Program Guru Penyayang merupakan program Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia yang bakal dilancarkan pada peringkat kebangsaan pada sambutan hari Guru 2012 oleh Menteri Pelajaran Malaysia. Sementara itu Unit ICT terus mengadakan bimbingan penggunaan perisian MBMMBI kepada murid-murid SKTM meskipun jumlah komputer yang boleh digunakan semakin berkurangan . Bimbingan kali ini melibatkan murid tahun 4B1 dan murid tahun 5B3. Dalam pada itu, pasukan bola sepak SKTM terus mara ke pusingan suku akhir setelah menduduki tangga ke-2 dalam kumpulan. Tahniah diucapkan.

Saturday, February 18, 2012

KURSUS PENGENALAN CATUR 2012


SKTM Sabtu 18.02.2012
Kursus Pengenalan Catur 2012 berlangsung mulai jam 8.30 pagi bertempat di Makmal Sains SKTM. Kursus dianjurkan sebagai persediaan untuk mewujudkan semula Kelab Catur yang ditangguhkan beberapa tahun kebelakangan ini akibat kekangan masa dan kekurangan guru yang arif dalam bidang berkenaan. Kursus disampaikan olen Tn.Hj.Mas'ud b. Hamzah, guru catur SK Titi Serong dan dikendalikan oleh Pn.Syarifah Norhayati bt. Abidin bersama Unit kokurikulum. Sementara itu Bengkel Penggunaan Perisian MBMMBI dijalankan pada jam 11.00 pagi di Makmal Komputer bagi mendedahkan kepada guru-guru khususnya guru Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris tentang penggunaan perisian tersebut. Bengkel dikendalikan oleh Tn.Hj.Zainol Abidin b. Basri, Guru Penyelaras Bestari SKTM. ( foto-foto )

Tuesday, January 10, 2012

TALAQHI MUSAFAHAH


SKTM Selasa 10 Januari 2012.
Kaedah talaqhi, musyafahah dan tasmik merupakan kaedah teras dan tunjang dalam pengajaran dan pembelajaran al-Quran. Melaluinya, murid akan dapat mendengar cara sebutan dan bacaan secara terus melalui lisan guru. Murid kemudiannya akan membaca di hadapan guru dan sebarang kesalahan akan dibetulkan oleh guru serta merta. Inilah kaedah yang digunapakai oleh Jibril ketika menyampaikan wahyu kepada baginda Rasulullah SAW. Penggunaan kaedah ini amat berkesan dibuktikan apabila kadar buta al-Quran dalam kalangan murid SKTM semakin kurang kian hari. Dalam pada itu, bengkel penggunaan perisian MBMMBI dijalankan oleh Unit ICT SKTM hari ini kepada 10 orang murid tahun 5 yang bakal menjadi pembimbing kepada murid-murid lain. Program 1Murid 1Sukan yang bermula semalam diteruskan mulai jam 4 hingga Justify Full5 petang. Program 1 Murid 1 Sukan akan berlangsung setiap hari Isnin hingga Khamis sehingga tamat sesi persekolahan 2012. SKTM Penjana Pendidikan Cemerlang dan Gemilang.

Monday, January 9, 2012

PERHIMPUNAN RASMI PERTAMA SESI 2012

SKTM Isnin 9 Januari 2012.
Perhimpunan rasmi pertama sesi persekolahan 2012 berlangsung selama 30 minit. Pn.Harina Zaniol selaku guru bertugas mingguan mendahului ucapan pada perhimpunan tersebut. Turut memberi taklimat pada perhimpunan pagi ini ialah Pn.Hidayat Azimah ( PK Kokurikulum ) dan Hj.Zainol Abidin Basri ( Guru Penyelaras Bestari ). Ustaz Mohamad Shah Ramli, Guru Besar SKTM turut menyampaikan ucapan. Dalam ucapan sulungnya, beliau berharap agar warga SKTM berusaha bersungguh-sungguh demi kecemerlangan diri dan nama baik sekolah. Perhimpunan tamat pada jam 8.10 pagi.