I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, March 22, 2012

PEMANTAUAN ICT 2012 OLEH BTP

SKTM Khamis 22 Mac 2012.
SK Teluk Medan menerima kunjungan Dr. Dorothy, Penolong Pengarah Unit Bestari BTP Putrajaya bagi memantau pengurusan dan perlaksanaan program ICT sekolah. Pada kunjungan tersebut, peserta rombongan diberi taklimat oleh En.Mohamad Shah b. Ramli, Guru Besar SKTM berkaitan Program Peningkatan ICT SKTM yang telah dan bakal dilaksanakan dengan memberi tuMpuan kepada beberapa aplikasi yang diperkenalkan oleh beliau seperti Rekod Kehadiran Guru dan Staf, Pengurusan Headcount, Analisis Ujian ABA3014, Analisis Guru Penyayang dan lainnya. Dr. Dorothy dan rombongan turut dibawa melawat ke Pusat Akses Sekolah, Makmal Bahasa dan bilik darjah untuk mengetahui status prasarana ICT yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Secara lisan, beliau berjanji akan mencadangkan kepada pihak kementerian untuk mempertingkatkan prasarana ICT yang hampir uzur di SKTM. Pada akhir kunjungan, satu sesi dialog berkaitan Program Peningkatan ICT Sekolah telah diadakan dengan En.Mohamad Shah Ramli. Guru Besar SKTM, En.Mohamad Shah b. Ramli merupakan salah seorang calon bagi kategori Tokoh Pengurusan ICT Sekolah peringkat kebangsaan sempena sambutan Hari Guru 2012. Turut hadir dalam rombongan berkenaan ialah En.Norazman b. Shah (Pen.Pengarah Unit ICT BTPN), En.Zainusham (Pusat Pembangunan Kurikulum) dan beberapa orang pegawai khas BTPN Perak. Semoga kunjungan akan merealisasikan visi dan misi ICT SK Teluk Medan.

No comments:

Post a Comment