I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, April 5, 2014

PEMANTAUAN PENGURUSAN ICT SEKOLAH 2014

SKTM Khamis 03.04.2014
SK Teluk Medan hari ini menerima tetamu dari Bahagian Teknologi Pendidikan KPM. Tujuan kehadiran kedua-dua pemantau tersebut ialah untuk memantau pengurusan ICT sekolah bagi tahun 2014. Pegawai yang hadir ialah En.Abdul Aziz How b. Abdullah, KPP Sektor Pentadbiran Kewangan dan ICT Bah.Pengurusan Sekolah Harian dan En.Razid b. Ismail, KPP Bahagian Penilaian BTP KPM Kuala Lumpur. . Selepas mendengar taklimat pengurusan ICT sekolah dan pembentangan beberapa aplikasi ICT binaan sekolah, kedua-dua pegawai berkenaan dibawa melawat beberapa pusat ICT utama iaitu Pusat Akses, Makmal Komputer dan Pusat Makmal Mudah Alih Chormebook. Pada penghujung kunjungan, kedua-dua pegawai berkenaan turut melawat Pusat Kegiatan Guru yang terletak di perkarangan SK Teluk Medan. Ustaz Mohamad Shah b. Ramli, Guru Besar SKTM merupakan wakil bagi negeri Perak ke Anugerah Pengurusan ICT Sekolah Peringkat Kebangsaan 2014.