I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, November 25, 2012

KUNJUNGAN MUHIBAH SK BUKIT BERTAM


SK TELUKMEDAN Isnin 26.11.2012.
Unit ICT SKTM menerima kunjungan muhibah SKBukit Bertam, Rantau Panjang, Selama,Perak pagi ini.Kunjungan bertujuan untuk bertukar-tukar ilmu dan pengalaman berkaitan pengurusan ICT di sekolah masing-masing. Semasa kunjungan, peserta rombongan diberi taklimat berkaitan Program Pembudayaan ICT SK Teluk Medan oleh Cikgu Hj.Zainol Abidin b. Basri, Guru Penyelaras Bestari SKTM.. Rombongan yang diketuai oleh Pn.Hj.Noriah, Guru Besar SKBB tersebut turut melawat kelas Prasekolah KPM SK Teluk Medan.

WAJAH BAHARU PAPAN INFO

SKTM  Isnin 26.11.2012
Pembudayaan ICT dalam pengurusan SK Teluk Medan turut merubah wajah papan kenyataan. Papan kenyataan yang menggunakan kaedah manual sebelum ini digantikan dengan kaedah digital yang akan lebih fleksibel fungsinya. Selain daripada memaparkan info semasa, papan info digital ini turut memaparkan perkembangan semasa, peristiwa lepas dan info terkini melalui internet.

Friday, November 9, 2012

PENUTUPAN MINGGU ICT 2012 DAN HARI AKHIR PERSEKOLAHAN 2012



SKTM Jumaat 9 November 2012.
9 November 2012 merupakan tarikh keramat yang ditunggu-tunggu oleh sebahagian besar warga SK Teluk Medan kerana mulai 10 November 2012 sekolah akan bercuti selama sebulan setengah. Warga SKTM telah mula merancang-rancang aktiviti yang akan dilakukan sepanjang percutian tersebut. Bagi Pn.Piariene, hari ini merupakan hari terakhir beliau berkhidmat di SK Teluk Medan. Beliau akan mula berkhidmat di SK Kampung Selamat, Pulau Pinang mulai sesi persekolahan 2013. Sementara itu, Majlis Penutupan Minggu ICT 2012 berlangsung mulai jam 7.40 pagi. Pada majlis tersebut, pemenang bagi pertandingan yang berlangsung sepanjang Minggu ICT 2012 menerima hadiah. Hadiah disampaikan oleh Tn.Hj.Hamid b. Idris, Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Telok Medan. Selamat bercuti. Tunaikan tanggungjawab terhadap diri, agama, bangsa dan negara sebaik mungkin. (foto minggu ICT)

Thursday, November 1, 2012

VLE FROGASIA TAHUN 5


SKTM Khamis 01.11.2012.
Program VLE Frogasia mula diperkenalkan kepada murid SKTM secara berperingkat. Mulai jam 8.00 pagi, murid tahun 5 mengikuti taklimat program tersebut di dewan sekolah. Selepas taklimat tersebut, sekumpulan murid mengakses program tersebut dibawah bimbingan 4 orang murid 'Student Champion' di Pusat Akses SKTM. Taklimat disampaikan oleh guru ADMIN VLE Frogasia SKTM dengan dibantu oleh En.Mark Armandus, Juruteknik ICT SKTM. Sementara itu program Minggu ICT berlangsung seperti dirancang. Antara aktiviti yang berlangsung ialah Eksplorasi VLE Frogasia, Pertandingan Pantas Menaip dan Jejak maklumat Melalui Internet.(lihat foto)

KURSUS VLE FROGASIA R2


SMK Mudzaffar Shah 31 Oktober 2012.
Kursus VLE Frogasia R2 yang berlangsung di makmal komputer SMK Mudzaffar Shah, Semanggol masuk hari ke-2. Kursus yang bermula semalam tersebut melibatkan guru-guru Penolong Kanan, Ketua Panitia Mata Pelajaran, SU Sukan dan 4 orang murid tahun 5. Pada kursus tersebut, peserta didedahkan dengan beberapa perkara asas berkaitan program tersebut yang akan mula dilaksanakan mulai tahun 2013. Kursus dikendalikan oleh kakitangan Frogasia.