I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, November 4, 2013

MINGGU ICT 2013 - Hari Ke-6


SKTM Isnin 4 November 2013.
Program Minggu ICT 2013 masuk hari ke-6 setelah ianya dilancarkan minggu lalu. Antara program yang berlangsung hari ini ialah Pertandingan Jejak Maklumat Melalui Internet dan Eksplorasi VLE Frogasia. 

Wednesday, October 30, 2013

PENYERAHAN MOBILE LAB 1BESTARI

 
SKTM Rabu 25.09.2013
SK Teluk Medan menerima kemudahan makmal komputer mudah alih daripada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia. Kemudahan tersebut merupakan program rintis bagi program berkenaan sebelum diperluas kesemua sekolah-sekolah di seluruh negara. Dibawah program berkenaan, pihak sekolah dibekalkan 41 buah Chrome Book berserta headset dan sebuah super zoom. Turut hadir pada majlis penyerahan tersebut ialah En.Rosli Che Omar ( PPD ICT ), Tn.Hj.Hamid (PKGTM), En.Mansor (PKGGS) dan En.Mohamd Shah Ramli ( GB SKTM ). Semoga kemudahan yang dibekalkan akan menjadi pemangkin kepada perkembangan budaya ICT dalam pendidikan di SK Teluk Medan ( lihat Foto )