I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, November 25, 2011

SALAM MAAL HIJRAH 1433

Penghayatan Hijrah

Kesimpulan daripada khutbah Jumaat yang bertajuk Penghayatan Hijrah :
Hijrah terbahagi kepada 5 kategori

1. Hijrah Iman
Kita perlu mempertingkatan iman menerusi amal ibadah dan marilah kita membersihkan sifat-sifat keji (mazmumah) seperti riya', takbur, sombong, irihati, dendam dan sebagainya.

2. Hijrah Ilmu.
Ilmu itu adalah cahaya dan jahil itu berbahaya. Dengan ilmu, Rasulullah saw mampu mengatur strategi hijrahdan berjaya membangunkan Kota Madinah. Firman Allah dalam surah Al-Zumar ayat 9 yang bermaksud : Katakanlah lagi (kepadanya), "Adakah sama orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui ? Sesungguhnya orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang yang berakal sempurna."

3. Hijrah Amal.
Kita hendaklah sentiasa meningkatkan amal soleh sebagai bekalan untuk hari Akhirat. Tanpa amal soleh bagaimana kita ingin selamat daripada azab kubur dan api neraka?Saidina Ali r.a pernah berkata yang bermaksud " beramallah untuk kehidupan duniamu seolah-olah kamu hidup selama-lamanya dan beramallah untuk kehidupan akhiratmu seolah-olah kamu akan mati keesokan harinya."

4. Hijrah Minda
Hijrah minda tidak sukar dilakukan kerana ia hanya perlu kepada mengubah cara berfikir daripada yang negatif kepada yang positif. Contohnya, kita biasa mendengar orang yang malas berusaha berkata, "rezeki secupak takkan menjadi segantang", atau orang yang suka menangguhkan kerja selalu berkata, " esokkan boleh buat" atau pekerja yang malas akan berkata, "kerja kuat pun gaji tak naik.."

5. Hijrah Akhlak atau tingkah laku.
Rasulullah saw berjaya mengubah perangai buruk Kabilah Aus dan Khazraj yang suka bergaduh dan bermusuhan kepada masyarakat yang saling berkasih sayang dan hormat menghormati di antara satu sama lain.
Keruntuhan akhlak antara punca umat Islam menjadi lemah. Pengaruh hidup masyarakat Barat yang terlalu bebas menjadi ikutan segelintir umat Islam seperti suka minum arak, berzina, berjudi, berpakaian seksi dan sebagainya Sabda Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari yang bermasud : "Sesungguhnya aku dibangkitkan untuk menyempurnakan akhlak (budi pekerti) yang mulia..

TAKWIM PEPERIKSAAN DALAMAN MALAYSIA 2012

Friday, November 18, 2011

MAJLIS AKHIR TAHUN STAF SKTM



SKTM Jumaat 18.11.2011
Jamuan akhir tahun staf SK Teluk Medan berlangsung penuh ukhuwah serta kemesraan. Berbeza daripada tahun-tahun lalu, majlis tahun ini diadakan di sekolah bertujuan untuk merapatkan lagi ukhuwah dalam kalangan staf SK Teluk Medan. Bermula jam 3.00 petang, warga staf SKTM mula menyediakan juadah untuk majlis tersebut. Majlis tersebut turut meraikan hari lahir beberapa warga pendidik SKTM. Pada majlis tersebut juga, Pn.Rashidah Sahidan turut menyampaikan ucapan akhirnya di hadapan rakan-rakan staf SKTM. Pada tahun 2012, SKTM akan kehilangan 2 pendidik yang berdedikasi iaitu Pn.Rashidah dan Pn.Sabra Syatila kerana bertukar mengikut suami. Majlis tamat pada jam 5.30 petang. Tahniah kepada seluruh staf SKTM yang menjayakan jamuan akhir tahun 2011 dan selamat bertukar diucapkan kepada Pn.Rashidah Sahidan juga Pn.Sabra Syatila. ( lihat foto-foto )

Thursday, November 17, 2011

KEPUTUSAN UPSR 2011



SKTM Khamis 17 November 2011.
Alhamdulillah pencapaian UPSR bagi tahun 2011 meningkat lagi dari segi kuantiti dan kualiti. Seramai 10 orang daripada 86 calon UPSR mendapat pangkat 5A, 8 orang 4A1B, seorang 4A1C dan 5 orang 3A2B menjadikan jumlah peratus menguasai ABC sebanyak 68.6 peratus. Keputusan peperiksaan UPSR 2011 disampaikan oleh Ustaz Mohamad Shah b. Ramli, Guru Besar SKTM kepada calon UPSR 2011 dalam Jamuan Perpisahan Tahun 6. Guru-guru, staf sokong dan ibu-bapa murid dijemput sama menghadiri jamuan tersebut. Turut sama hadir meraikan kejayaan UPSR 2011 ialah Pn.Hjh.Che Onah bt. Saad, mantan PK Pentadbiran SKTM. Berikut adalah senarai nama murid yang mendapat pangkat 5A dan 4A1B dalam peperiksaan UPSR 2011 :
1. Anis Mardhiyyah bt. Abdul Rahim (5A)
2. Nor Azmalinda bt. Ajaman (5A)
3. Nur Afifah bt. Aziz (5A)
4. Nur Aina Syafiqah bt. Mohd Soufi (5A)
5. Nur Aisyah Nabilah bt Saidi (5A)
6. Nur Syamimi Nurulaqilah bt Ishak (5A)
7. Sharifah Athirah bt Sayed Alwi (5A)
8. Siti Naziah bt Abd Rahman (5A)
9. Muhammad Hafizd b. Zainol Abidin (5A)
10. Muhammad Taufiq b. Aris (5A)
11. Auni Batrisya bt. Mohd Rosli (4A1B)
12. Ahmed Shallahudden . M.Sabri (4A1B)
13. Mohamad Zul Idham b. Kamaruddin (4A1B)
14. Nor Suhana bt Jamaludin (4A1B)
15. Nur Arina bt. Azman (4A1B)
16. Nur Faridahtul Hidayah bt Raziz (4A1B)
17. Nur Syafiqah bt Yusmahaidi (4A1B)
18. Nurul Adila bt Md Amin (4A1B)
( lihat foto )

Wednesday, November 16, 2011

ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK DAN GRADUASI PRASEKOLAH 2011



SKTM Rabu 16 November 2011.
Alhamdulillah, Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik dan Graduasi Prasekolah 2011 berlangsung seperti yang dirancang. Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik dan Graduasi Prasekolah dilaksanakan sebagai mengiktiraf kecemerlangan yang dicapai murid-murid SKTM bagi tahun 2011. Antaranya ialah kedudukan dalam kelas, mata pelajaran terbaik, Tunas Harapan, LINUS, j-Qaf, pengawas sekolah dan pengawas PSS. Tn.Hj.Darham b. Bakri, YDP PIBG membuka tirai ucapan pada majlis tersebut diikuti oleh Ustaz Mohamad Shah b. Ramli, Guru Besar SK Teluk Medan. Dalam ucapannya, Ustaz Mohamad Shah membentangkan analisis pencapaian murid SKTM dalam Peperiksaan Akhir Tahun baru-baru ini. Beliau turut menyatakan beberapa kejayaan sekolah bagi sesi persekolahan 2011 dan perancangan sekolah bagi tahun 2012 demi kelangsungan kecemerlangan SK Teluk Medan. Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik dan Graduasi Prasekolah SK Teluk Medan disempurnakan perasmiannya oleh Tn.Hj. Abdul Samad b. Shari, KPP Sektor Pendidikan Islam JPN Perak. Beliau berharap agar ibu-bapa murid akan sentiasa memberi kerjasama kepada pihak sekolah dalam semua urusan berkaitan pendidikan anak-anak. Beliau turut memberikan motivasi kepada ibu-bapa dan murid yang hadir pada majlis tersebut. Pada majlis tersebut, Muhammad Hafizd b. Zainol Abidin telah dinobatkan sebagai Tokoh Murid SKTM 2011 manakala Annis Mardhiyyah bt.Abdul Rahim diberikan Anugerah Kokurikulum dan Nor Azmalinda Ajaman diberikan Anugerah Kecemerlangan Akademik. Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik dan Graduasi Prasekolah 2011 turut diserikan dengan persembahan kumpulan nyanyian murid dan guru SK Teluk Medan. Tahniah diucapkan kepada seluruh warga SKTM. ( lihat foto )

Monday, November 14, 2011

PERHIMPUNAN AKHIR 2011


SKTM 14 November 2011.
Perhimpunan mingguan terakhir bagi sesi persekolahan 2011 terpaksa ditamatkan lebih awal kerana hujan turun pada pertengahan waktu perhimpunan. Namun begitu, beberapa guru termasuk guru besar sempat menyampaikan amanat akhir berupa pengisian semasa cuti persekolahan lebih sebulan. Ustaz Mohamad Shah b. Ramli, Guru Besar SKTM turut berpesan kepada murid-murid tahun 6 yang bakal ke tingkatan 1 tahun hadapan agar menjaga maruah diri dan nama baik SK Teluk Medan ketika berada di sekolah menengah malahan di mana sahaja berada. Raptai awal Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik dan Graduasi 2011 turut dijalankan hari ini sebagai persediaan majlis tersebut yang akan berlangsung pada hari Rabu nanti.

Friday, November 11, 2011

TARIKH KERAMAT


SKTM Jumaat 11.11.11
Ramai yang tertarik dengan angka 11.11.11 sehingga ada yang menamakan hari ini sebagai 'Tarikh Keramat'. Sebuah keluarga berhampiran tempat tinggal penulis mengadakan walimatul urus hari ini 11.11.11 dan jamuannya bermula jam 11.11 pagi. Namun bagi warga SKTM, aktiviti yang direncana berjalan seperti yang dirancang. Guru-guru mula mengeksplorasi perisian pembelajaran MBMMBI yang dipasang semalam oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia di Pusat Akses Sekolah. Setiap perisian tersebut mengandungi 50 modul yang boleh diakses sendiri oleh murid bagi memantapkan penggunaan Bahasa Melayu dan memperkukuhkan Bahasa Inggeris. SK Teluk Medan dipilih sebagai sebuah sekolah rintis bagi program Makmal Bahasa MBMMBI yang akan diperluaskan secara berperingkat. Dalam pada itu, Jawatankuasa Pengawas Sekolah SKTM mengadakan jamuan akhir tahun bermula jam 10.40 pagi. Guru-guru SKTM turut dijemput menghadiri jamuan tersebut. Apapun tarikh yang disebut-sebut sebagai tarikh keramat itu akan wujud setiap tahun." Sesungguhnya semulia-mulia manusia di sisi Allah ialah orang yang bertakwa " maksud Al-quran.

Wednesday, November 2, 2011

SALAM AIDIL ADHA


Seluruh warga ICT SK Teluk Medan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha dan selamat menunaikan ibadah korban 1432 Hijrah kepada seluruh muslimin

Tuesday, November 1, 2011

KEM MEMBACA 1MALAYSIA 2011


SKTM Rabu 2 November 2011.
Kem Membaca 1Malaysia adalah salah satu daripada program Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menanam budaya membaca dalam kalangan masyarakat Malaysia khususnya pelajar-pelajar sekolah. Bermula jam 9.30 pagi, seluruh murid SK Teluk Medan mula membaca serentak dengan warga Malaysia yang lain selama 2011 saat dan dicatatkan dalam Malaysian Book of Record. Semoga program yang dilaksanakan akan menjana pemikiran 1Malaysia.

Tuesday, October 25, 2011

MINGGU SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN


SKTM Selasa 25.10.2011
Kuiz bertulis dan pertandingan melukis poster mengisi aktiviti Minggu Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan 2011. Pertandingan ini hanya melibatkan murid tahap 2. Sementara itu guru Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris yang mengikuti kursus Pemantapan Program MBMMBI minggu lalu mula berjinak-jinak dengan program Netsupport School V10 ( trial version ) yang bakal dibekalkan kepada sekolah untuk penggunaan 2011. Eksplorasi perisian tersebut dibimbing oleh En.Mohd Mokhrish ( Juruteknik PKG TM ) dan Guru Penyelaras Bestari SK Teluk Medan.

Wednesday, October 19, 2011

SISTEM ANALISIS PEPERIKSAAN SEKOLAH




SKTM Khamis 20.10.2011
Kini ibu-bapa boleh mengakses pencapaian dan keputusan peperiksaan anak-anak di rumah. Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah membuka halaman Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah ( SAPS ) kepada ibu-bapa dan penjaga bagi membolehkan mereka mendapat keputusan peperiksaan anak-anak lebih awal berbanding sebelumnya. Sebelum ini sistem ini hanya boleh diakses oleh guru sahaja dan memerlukan masa untuk mencetak dan pengesahan daripada pihak sekolah sebelum diserahkan kepada ibu-bapa murid.(PORTAL SAPS)

Monday, October 17, 2011

DARI PORTAL PKG TELUK MEDAN

Majlis pelancaran minggu ICT SK Teluk Medan telah diadakan bermula 26.09.2011 sehingga 10.10.2011. Sepanjang tempoh 2 minggu, pelbagai program menarik telah dirangka bagi mencapai objektif melestarikan penggunaan yang optimum segala kemudahan ICT yang terdapat disekolah. Program yang menarik seumpama ini dapat mencambah daya kreativiti, minat, bakat, potensi, ilmu pengetahuan, kemahiran kepada pelajar mengadaptasi dunia ICT samada berbentuk perisian atau perkakasan sebagai budaya hidup yang amat berguna dan bermanfaat. PKG Telok Medan mengucapkan syabas dan tahniah kepada seluruh warga SK Teluk Medan di atas kejayaan mengadakan pelancaran minggu ICT sekolah.

Sunday, October 16, 2011

DARI BLOG PKG TELUK MEDAN

Minggu ICT SK Teluk Medan



Majlis pelancaran minggu ICT SK Teluk Medan telah diadakan bermula 26.09.2011 sehingga 10.10.2011. Sepanjang tempoh 2 minggu, pelbagai program menarik telah dirangka bagi mencapai objektif melestarikan penggunaan yang optimum segala kemudahan ICT yang terdapat disekolah. Program yang menarik seumpama ini dapat mencambah daya kreativiti, minat, bakat, potensi, ilmu pengetahuan, kemahiran kepada pelajar mengadaptasi dunia ICT samada berbentuk perisian atau perkakasan sebagai budaya hidup yang amat berguna dan bermanfaat. PKG Telok Medan mengucapkan syabas dan tahniah kepada seluruh warga SK Teluk Medan di atas kejayaan mengadakan pelancaran minggu ICT sekolah.

Sunday, October 9, 2011

PENUTUPAN BULAN KEMERDEKAAN 54 DAN MINGGU ICT 2011


SKTM Isnin 10 Oktober 2011.
Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan Ke-54 dan Minggu ICT 2011 mengisi aktiviti perhimpunan mingguan minggu ke-38. Penyampaian hadiah kepada pemenang bagi pertandingan-pertandingan yang telah diadakan bagi ke dua-dua program tersebut disempurnakan oleh Tn.Hj.Hamid b. Idris, Pegawai Teknologi Pendidikan, Pusat Kegiatan Guru Teluk Medan. Pada majlis tersebut juga, En.Mohd Yusof Jamaluddin, PK HEM SK Teluk Medan yang mewakili Tuan Guru Besar menyampaikan sumbangan daripada warga SKTM dan pelbagai pihak kepada keluarga adik Nurull Asyikin b. Puzi yang ditimpa ujian baru-baru ini apabila kediaman keluarganya hangus dijilat api. Turut sama hadir ialah bapa Nurull Asyikin iaitu En.Puzi b. Yahaya. Dalam ucapan penutupan majlis, guru besar mengucapkan tahniah kepada peserta yang menang dalam pertandingan-pertandingan yang dijalankan bagi ke dua-dua program tersebut. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua penyumbang yang memberikan sumbangan kepada keluarga Nurull Asyikin. Semoga sumbangan yang diberikan akan meringankan keperitan yang ditanggung oleh keluarga Nurull Asyikin serta mendapat ganjaran yang tinggi di sisi Allah. (foto)

Tuesday, October 4, 2011

TABUNG MANGSA KEBAKARAN


SKTM Selasa 4 Oktober 2011.
Program Minggu ICT 2011, Klinik Solat dan Program Bimbingan MBMMBI berlangsung seperti yang dirancang. Pertandingan Jejak Maklumat Melalui Internet mengisi Program Minggu ICT 2011 manakala Program Klinik Solat memberikan tumpuan kepada murid-murid tahun 6 sebagai persediaan menghadapi alam remaja. Dalam pada itu, keluarga adik Nurull Ashikin bt. Puzi, murid tahun 5B2 SK Teluk Medan diselubung kepiluan apabila kediaman mereka hangus dijilat api kira-kira jam 12.00 tengahari semalam. Sehubungan dengan itu pihak sekolah telah melancarkan derma kilat bagi membantu keluarga adik Nurull Ashikin. Kepada pihak yang ingin menghulurkan sumbangan bolehlah menghubungi nombor telefon yang tertera pada gambar di atas. Seluruh warga SK Teluk Mengucapkan takziah kepada keluarga adik Nurull Ashikin. Semoga tabah menghadapi ujian Allah.

Sunday, October 2, 2011

PERTANDINGAN PANTAS MENAIP MS WORD MINGGU ICT 2011

SKTM Isnin 03.10.2011
Hujan yang turun awal pagi tidak menghalang perjalanan perhimpunan mingguan minggu ke-36. En.Syamsul Amin dan Pn.Norizan Dtalmizi menyampaikan ucapan dan informasi berkaitan aktiviti yang akan berlangsung sepanjang minggu 36 / 2011. Beberapa program yang turut berlangsung pada hari ini ialah Program Pasca UPSR iaitu Ceramah Cabaran Alam Remaja, Amali Fardhu Ain dan Pertandingan Pantas Menaip MS Word Minggu ICT 2011. Ceramah Cabaran Alam Remaja disampaikan oleh Ustaz Mohamad Hanif Shabuddin manakala Pertandingan Pantas Menaip MS Word dikendalikan oleh Pn.Norihan Yusof.