I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, June 8, 2011

TINTA PENYELARAS

Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia melihat ICT sebagai suatu alat untuk merevolusikan pembelajaran, memperkayakan kurikulum, memperkembangkan pedagogi, menstrukturkan organisasi sekolah dengan lebih berkesan, melahirkan hubungan yang lebih kuat di antara sekolah-sekolah dan masyarakat, dan meningkatkan penguasaan pelajar. Konsep ICT dalam pendidikan dari kaca mata KPM merangkumi 3 polisi utama:

i. ICT untuk semua pelajar, bermaksud bahawa ICT digunakan sebagai sesuatu yang boleh mengurangkan jurang digital antara sekolah.

ii. Fungsi dan peranan ICT di dalam pendidikan adalah sebagai suatu alat pengajaran dan pembelajaran, sebagai sebahagian daripada subjek tersebut, dan sebagai sesuatu subjek tersendiri.

iii. Menggunakan ICT untuk meningkatkan produktiviti, kecekapan dan keberkesanan sesuatu sistem pengurusan.

Sejajar dengan hasrat KPM di atas, SK Teluk Medan bersama warganya akan berusaha sedaya upaya untuk merealisasikan hasrat tersebut dengan pelbagai program dan aktiviti yang sekaligus dapat merealisasikan VISI dan MISI " SK Teluk Medan Penjana Pendidikan Generasi Cemerlang dan Gemilang ". Pembinaan laman sesawang mini pada 08.06.2011 ini diharap akan memberikan informasi dan motivasi dalam memperkembangkan budaya ICT di kalangan masyarakat pendidikan khususnya warga SK Teluk Medan.

No comments:

Post a Comment