Kursus Pengenalan Catur 2012 berlangsung mulai jam 8.30 pagi bertempat di Makmal Sains SKTM. Kursus dianjurkan sebagai persediaan untuk mewujudkan semula Kelab Catur yang ditangguhkan beberapa tahun kebelakangan ini akibat kekangan masa dan kekurangan guru yang arif dalam bidang berkenaan. Kursus disampaikan olen Tn.Hj.Mas'ud b. Hamzah, guru catur SK Titi Serong dan dikendalikan oleh Pn.Syarifah Norhayati bt. Abidin bersama Unit kokurikulum. Sementara itu Bengkel Penggunaan Perisian MBMMBI dijalankan pada jam 11.00 pagi di Makmal Komputer bagi mendedahkan kepada guru-guru khususnya guru Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris tentang penggunaan perisian tersebut. Bengkel dikendalikan oleh Tn.Hj.Zainol Abidin b. Basri, Guru Penyelaras Bestari SKTM. ( foto-foto )
Saturday, February 18, 2012
KURSUS PENGENALAN CATUR 2012

Tuesday, January 10, 2012
TALAQHI MUSAFAHAH
Kaedah talaqhi, musyafahah dan tasmik merupakan kaedah teras dan tunjang dalam pengajaran dan pembelajaran al-Quran. Melaluinya, murid akan dapat mendengar cara sebutan dan bacaan secara terus melalui lisan guru. Murid kemudiannya akan membaca di hadapan guru dan sebarang kesalahan akan dibetulkan oleh guru serta merta. Inilah kaedah yang digunapakai oleh Jibril ketika menyampaikan wahyu kepada baginda Rasulullah SAW. Penggunaan kaedah ini amat berkesan dibuktikan apabila kadar buta al-Quran dalam kalangan murid SKTM semakin kurang kian hari. Dalam pada itu, bengkel penggunaan perisian MBMMBI dijalankan oleh Unit ICT SKTM hari ini kepada 10 orang murid tahun 5 yang bakal menjadi pembimbing kepada murid-murid lain. Program 1Murid 1Sukan yang bermula semalam diteruskan mulai jam 4 hingga
5 petang. Program 1 Murid 1 Sukan akan berlangsung setiap hari Isnin hingga Khamis sehingga tamat sesi persekolahan 2012. SKTM Penjana Pendidikan Cemerlang dan Gemilang.Monday, January 9, 2012
PERHIMPUNAN RASMI PERTAMA SESI 2012
SKTM Isnin 9 Januari 2012.Perhimpunan rasmi pertama sesi persekolahan 2012 berlangsung selama 30 minit. Pn.Harina Zaniol selaku guru bertugas mingguan mendahului ucapan pada perhimpunan tersebut. Turut memberi taklimat pada perhimpunan pagi ini ialah Pn.Hidayat Azimah ( PK Kokurikulum ) dan Hj.Zainol Abidin Basri ( Guru Penyelaras Bestari ). Ustaz Mohamad Shah Ramli, Guru Besar SKTM turut menyampaikan ucapan. Dalam ucapan sulungnya, beliau berharap agar warga SKTM berusaha bersungguh-sungguh demi kecemerlangan diri dan nama baik sekolah. Perhimpunan tamat pada jam 8.10 pagi.
Sunday, January 1, 2012
Thursday, December 22, 2011
Friday, November 25, 2011
SALAM MAAL HIJRAH 1433

Penghayatan Hijrah
Kesimpulan daripada khutbah Jumaat yang bertajuk Penghayatan Hijrah :
Hijrah terbahagi kepada 5 kategori1. Hijrah Iman
2. Hijrah Ilmu.
Ilmu itu adalah cahaya dan jahil itu berbahaya. Dengan ilmu, Rasulullah saw mampu mengatur strategi hijrahdan berjaya membangunkan Kota Madinah. Firman Allah dalam surah Al-Zumar ayat 9 yang bermaksud : Katakanlah lagi (kepadanya), "Adakah sama orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui ? Sesungguhnya orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang yang berakal sempurna."
3. Hijrah Amal.
Kita hendaklah sentiasa meningkatkan amal soleh sebagai bekalan untuk hari Akhirat. Tanpa amal soleh bagaimana kita ingin selamat daripada azab kubur dan api neraka?Saidina Ali r.a pernah berkata yang bermaksud " beramallah untuk kehidupan duniamu seolah-olah kamu hidup selama-lamanya dan beramallah untuk kehidupan akhiratmu seolah-olah kamu akan mati keesokan harinya."
4. Hijrah Minda
Hijrah minda tidak sukar dilakukan kerana ia hanya perlu kepada mengubah cara berfikir daripada yang negatif kepada yang positif. Contohnya, kita biasa mendengar orang yang malas berusaha berkata, "rezeki secupak takkan menjadi segantang", atau orang yang suka menangguhkan kerja selalu berkata, " esokkan boleh buat" atau pekerja yang malas akan berkata, "kerja kuat pun gaji tak naik.."
5. Hijrah Akhlak atau tingkah laku.
Rasulullah saw berjaya mengubah perangai buruk Kabilah Aus dan Khazraj yang suka bergaduh dan bermusuhan kepada masyarakat yang saling berkasih sayang dan hormat menghormati di antara satu sama lain.
Keruntuhan akhlak antara punca umat Islam menjadi lemah. Pengaruh hidup masyarakat Barat yang terlalu bebas menjadi ikutan segelintir umat Islam seperti suka minum arak, berzina, berjudi, berpakaian seksi dan sebagainya Sabda Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari yang bermasud : "Sesungguhnya aku dibangkitkan untuk menyempurnakan akhlak (budi pekerti) yang mulia..
Kita perlu mempertingkatan iman menerusi amal ibadah dan marilah kita membersihkan sifat-sifat keji (mazmumah) seperti riya', takbur, sombong, irihati, dendam dan sebagainya.

Subscribe to:
Posts (Atom)