I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, October 25, 2011

MINGGU SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN


SKTM Selasa 25.10.2011
Kuiz bertulis dan pertandingan melukis poster mengisi aktiviti Minggu Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan 2011. Pertandingan ini hanya melibatkan murid tahap 2. Sementara itu guru Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris yang mengikuti kursus Pemantapan Program MBMMBI minggu lalu mula berjinak-jinak dengan program Netsupport School V10 ( trial version ) yang bakal dibekalkan kepada sekolah untuk penggunaan 2011. Eksplorasi perisian tersebut dibimbing oleh En.Mohd Mokhrish ( Juruteknik PKG TM ) dan Guru Penyelaras Bestari SK Teluk Medan.

Wednesday, October 19, 2011

SISTEM ANALISIS PEPERIKSAAN SEKOLAH




SKTM Khamis 20.10.2011
Kini ibu-bapa boleh mengakses pencapaian dan keputusan peperiksaan anak-anak di rumah. Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah membuka halaman Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah ( SAPS ) kepada ibu-bapa dan penjaga bagi membolehkan mereka mendapat keputusan peperiksaan anak-anak lebih awal berbanding sebelumnya. Sebelum ini sistem ini hanya boleh diakses oleh guru sahaja dan memerlukan masa untuk mencetak dan pengesahan daripada pihak sekolah sebelum diserahkan kepada ibu-bapa murid.(PORTAL SAPS)

Monday, October 17, 2011

DARI PORTAL PKG TELUK MEDAN

Majlis pelancaran minggu ICT SK Teluk Medan telah diadakan bermula 26.09.2011 sehingga 10.10.2011. Sepanjang tempoh 2 minggu, pelbagai program menarik telah dirangka bagi mencapai objektif melestarikan penggunaan yang optimum segala kemudahan ICT yang terdapat disekolah. Program yang menarik seumpama ini dapat mencambah daya kreativiti, minat, bakat, potensi, ilmu pengetahuan, kemahiran kepada pelajar mengadaptasi dunia ICT samada berbentuk perisian atau perkakasan sebagai budaya hidup yang amat berguna dan bermanfaat. PKG Telok Medan mengucapkan syabas dan tahniah kepada seluruh warga SK Teluk Medan di atas kejayaan mengadakan pelancaran minggu ICT sekolah.

Sunday, October 16, 2011

DARI BLOG PKG TELUK MEDAN

Minggu ICT SK Teluk Medan



Majlis pelancaran minggu ICT SK Teluk Medan telah diadakan bermula 26.09.2011 sehingga 10.10.2011. Sepanjang tempoh 2 minggu, pelbagai program menarik telah dirangka bagi mencapai objektif melestarikan penggunaan yang optimum segala kemudahan ICT yang terdapat disekolah. Program yang menarik seumpama ini dapat mencambah daya kreativiti, minat, bakat, potensi, ilmu pengetahuan, kemahiran kepada pelajar mengadaptasi dunia ICT samada berbentuk perisian atau perkakasan sebagai budaya hidup yang amat berguna dan bermanfaat. PKG Telok Medan mengucapkan syabas dan tahniah kepada seluruh warga SK Teluk Medan di atas kejayaan mengadakan pelancaran minggu ICT sekolah.

Sunday, October 9, 2011

PENUTUPAN BULAN KEMERDEKAAN 54 DAN MINGGU ICT 2011


SKTM Isnin 10 Oktober 2011.
Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan Ke-54 dan Minggu ICT 2011 mengisi aktiviti perhimpunan mingguan minggu ke-38. Penyampaian hadiah kepada pemenang bagi pertandingan-pertandingan yang telah diadakan bagi ke dua-dua program tersebut disempurnakan oleh Tn.Hj.Hamid b. Idris, Pegawai Teknologi Pendidikan, Pusat Kegiatan Guru Teluk Medan. Pada majlis tersebut juga, En.Mohd Yusof Jamaluddin, PK HEM SK Teluk Medan yang mewakili Tuan Guru Besar menyampaikan sumbangan daripada warga SKTM dan pelbagai pihak kepada keluarga adik Nurull Asyikin b. Puzi yang ditimpa ujian baru-baru ini apabila kediaman keluarganya hangus dijilat api. Turut sama hadir ialah bapa Nurull Asyikin iaitu En.Puzi b. Yahaya. Dalam ucapan penutupan majlis, guru besar mengucapkan tahniah kepada peserta yang menang dalam pertandingan-pertandingan yang dijalankan bagi ke dua-dua program tersebut. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua penyumbang yang memberikan sumbangan kepada keluarga Nurull Asyikin. Semoga sumbangan yang diberikan akan meringankan keperitan yang ditanggung oleh keluarga Nurull Asyikin serta mendapat ganjaran yang tinggi di sisi Allah. (foto)