I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, October 30, 2013

PENYERAHAN MOBILE LAB 1BESTARI

 
SKTM Rabu 25.09.2013
SK Teluk Medan menerima kemudahan makmal komputer mudah alih daripada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia. Kemudahan tersebut merupakan program rintis bagi program berkenaan sebelum diperluas kesemua sekolah-sekolah di seluruh negara. Dibawah program berkenaan, pihak sekolah dibekalkan 41 buah Chrome Book berserta headset dan sebuah super zoom. Turut hadir pada majlis penyerahan tersebut ialah En.Rosli Che Omar ( PPD ICT ), Tn.Hj.Hamid (PKGTM), En.Mansor (PKGGS) dan En.Mohamd Shah Ramli ( GB SKTM ). Semoga kemudahan yang dibekalkan akan menjadi pemangkin kepada perkembangan budaya ICT dalam pendidikan di SK Teluk Medan ( lihat Foto )

Tuesday, January 8, 2013

KHIDMAT BIMBING VLE FROGASIA


SKTM Selasa 08.01.2013.
Cik Azma dari VLE Frogasia hadir ke SKTM bagi memberikan khidmat bimbing perjalanan program tersebut. Antara perkara yang dibincangkan ialah berkaitan beberapa penambahbaikan yang dilakukan oleh Frogasia dan cadangan agar program VLE berjalan dengan baik serta lancar. Sementara itu, Ustaz Mohamad Shah Ramli, Guru Besar SKTM mengadakan perjumpaan pertama dengan pengawas sekolah 2013 bagi menerangkan beberapa perkara berkaitan tugas serta tanggungjawab pengawas sekolah.

Sunday, November 25, 2012

KUNJUNGAN MUHIBAH SK BUKIT BERTAM


SK TELUKMEDAN Isnin 26.11.2012.
Unit ICT SKTM menerima kunjungan muhibah SKBukit Bertam, Rantau Panjang, Selama,Perak pagi ini.Kunjungan bertujuan untuk bertukar-tukar ilmu dan pengalaman berkaitan pengurusan ICT di sekolah masing-masing. Semasa kunjungan, peserta rombongan diberi taklimat berkaitan Program Pembudayaan ICT SK Teluk Medan oleh Cikgu Hj.Zainol Abidin b. Basri, Guru Penyelaras Bestari SKTM.. Rombongan yang diketuai oleh Pn.Hj.Noriah, Guru Besar SKBB tersebut turut melawat kelas Prasekolah KPM SK Teluk Medan.

WAJAH BAHARU PAPAN INFO

SKTM  Isnin 26.11.2012
Pembudayaan ICT dalam pengurusan SK Teluk Medan turut merubah wajah papan kenyataan. Papan kenyataan yang menggunakan kaedah manual sebelum ini digantikan dengan kaedah digital yang akan lebih fleksibel fungsinya. Selain daripada memaparkan info semasa, papan info digital ini turut memaparkan perkembangan semasa, peristiwa lepas dan info terkini melalui internet.