I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, November 1, 2012

VLE FROGASIA TAHUN 5


SKTM Khamis 01.11.2012.
Program VLE Frogasia mula diperkenalkan kepada murid SKTM secara berperingkat. Mulai jam 8.00 pagi, murid tahun 5 mengikuti taklimat program tersebut di dewan sekolah. Selepas taklimat tersebut, sekumpulan murid mengakses program tersebut dibawah bimbingan 4 orang murid 'Student Champion' di Pusat Akses SKTM. Taklimat disampaikan oleh guru ADMIN VLE Frogasia SKTM dengan dibantu oleh En.Mark Armandus, Juruteknik ICT SKTM. Sementara itu program Minggu ICT berlangsung seperti dirancang. Antara aktiviti yang berlangsung ialah Eksplorasi VLE Frogasia, Pertandingan Pantas Menaip dan Jejak maklumat Melalui Internet.(lihat foto)

KURSUS VLE FROGASIA R2


SMK Mudzaffar Shah 31 Oktober 2012.
Kursus VLE Frogasia R2 yang berlangsung di makmal komputer SMK Mudzaffar Shah, Semanggol masuk hari ke-2. Kursus yang bermula semalam tersebut melibatkan guru-guru Penolong Kanan, Ketua Panitia Mata Pelajaran, SU Sukan dan 4 orang murid tahun 5. Pada kursus tersebut, peserta didedahkan dengan beberapa perkara asas berkaitan program tersebut yang akan mula dilaksanakan mulai tahun 2013. Kursus dikendalikan oleh kakitangan Frogasia.

Monday, October 22, 2012

PELANCARAN MINGGU ICT 2012


SKTM Selasa 23.11.2012.
Majlis Pelancaran Minggu ICT 2012 disempurnakan oleh Pn.Hjh.Romlah bt. Salleh, PK Pentadbiran SKTM. Antara aktiviti yang bakal dilaksanakan sepanjang minggu ICT ialah eksplorasi VLE Frogasia, eksplorasi emel, MS Office, Pertandingan Dashboard Frogasia, Menaip Pantas, Membina Nota PPT dan mewarna menggunakan perisian paint. Program akan berlangsung selama 2 minggu sehingga 2 November 2012.(LIHAT FOTO)

Thursday, September 27, 2012

LADAP VLE 1BestariNet

SKTM Khamis 27.09.2012
Latihan Dalaman bertajuk Ekplorasi VLE Frogasia 1BestariNet berlangsung mulai jam 1.00 petang. LADAP disampaikan oleh Guru Penyelaras Bestari selaku admin bagi program tersebut peringkat sekolah. LADAP yang berlangsung selama 2 jam tersebut menumpukan kepada asas aplikasi tersebut iaitu log masuk, mengenal dashboard, mereka bentuk serta menambah item pada dashboard. Perkara lain berkaitan program berkenaan akan disampaikan kepada guru-guru secara berperingkat oleh kakitangan Frogasia sendiri secara berperingkat.

Monday, September 24, 2012

PORTAL RASMI SK TELUK MEDAN

KLIK BANER
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Mulai hari ini semua laporan berkaitan aktiviti semasa SK Teluk Medan, Bagan serai, Perak Darul Ridzuan akan boleh diakses melalui laman sesawang rasmi SK Teluk Medan di http://sktmbaganserai.edu.my. Namun begitu, halaman blog ini masih aktif serta akan dikemaskini serentak dengan portal rasmi SKTM yang baharu. Terima kasih atas sokongan semua pihak dan kesetiaan anda bersama kami. SK Teluk Medan Penjana Pendidikan Generasi Cemerlang dan Gemilang.

Sunday, September 23, 2012

PENUTUPAN BULAN KEMERDEKAAN 2012



SKTM Isnin 24.09.2012
Hujan rintis yang turun pada awal pagi tidak mengganggu perjalanan majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan 2012. Majlis turut diserikan dengan persembahan nyanyian daripada murid-murid tahun 3 dan tahun 6. Pada majlis tersebut, kelas 5B3 telah dipilih sebagai johan bagi pertandingan Kelas Ceria sempena bulan kemerdekaan ke-55. Pada majlis tersebut juga, Ustaz Mohamad Shah Ramli, Guru Besar SKTM turut memberikan taklimat ringkas berkaitan program VLE 1BestariNet Kementerian Pelajaran Malaysia. (lihat foto)