I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, March 16, 2012

PEMANTAUAN ICT 2012

SKTM Jumaat 16 Mac 2012.
SK Teluk Medan dikunjungi oleh 3 pegawai Jabatan Pelajaran Perak bagi pemantauan dan khidmat bimbing perlaksanaan program peningkatan ICT sekolah dalam rangka membudayakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Pegawai JPN Perak yang hadir ialah En.Abdul Rashid b. Shafie dan Tn.Hj.Hamdan b. Abu Bakar, Penolong Pengarah Pengurusan Maklumat dan En.Abdul Aziz b. Jamaluddin, Pegawai Khas BTPN. Dalam pertemuan tersebut, En.Mohamad Shah b. Ramli memberi taklimat ringkas berkaitan program peningkatan ICT sekolah manakala pihak JPN memberikan beberapa pandangan dan cadangan sebagai langkah penambahbaikan kepada program tersebut. Turut hadir pada pertemuan tersebut ialah Tn.Hj.Hamid Idris (PKG Telok Medan), Tn.Hj.Zainol Abidin Basri (Guru Penyelaras Bestari SKTM) dan En.Mark Armandus (Juru teknik ICT SKTM). Kunjungan berakhir pada jam 12.30 tengahari.

Thursday, March 8, 2012

APLIKASI UJIAN ABA3014

SKTM Khamis 9 Mac 2012.
Aplikasi Ujian ABA3014 merupakan program yang dibina oleh Ustaz Mohamad Shah b. Ramli bagi memudahkan guru untuk membuat analisa item bagi tujuan pembelajaran yang lebih berfokus. Melaluinya juga, keputusan peperiksaan individu murid dianalisis secara automasi oleh komputer dengan terperinci. Taklimat penggunaan dan pengisian data pada Aplikasi Ujian ABA3014 disampaikan oleh Hj.Zainol Abidin Basri, Guru Penyelaras ICT SK Teluk Medan. Sementara itu, seluruh warga SKTM menyambut baik keputusan kerajaan menaikkan gaji kakitangan awam kategori pengurusan dan profesional sebanyak 13 peratus.

Friday, March 2, 2012

BIMBINGAN PENGGUNAAN PERISIAN MBMMBI


SKTM Jumaat 02.03.2012.
Taklimat Program Guru Penyayang disampaikan oleh Ustaz Mohamad Shah b. Ramli, Guru Besar SKTM. Antara konsep utama program tersebut ialah supaya guru mempunyai sifat keperdulian ( concern ) terhadap setiap perkara yang berkaitan muridnya ( every child matters ). Taklimat yang berlangsung selama 40 minit tersebut turut membentangkan draf cadangan program yang bakal dilaksanakan. Program Guru Penyayang merupakan program Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia yang bakal dilancarkan pada peringkat kebangsaan pada sambutan hari Guru 2012 oleh Menteri Pelajaran Malaysia. Sementara itu Unit ICT terus mengadakan bimbingan penggunaan perisian MBMMBI kepada murid-murid SKTM meskipun jumlah komputer yang boleh digunakan semakin berkurangan . Bimbingan kali ini melibatkan murid tahun 4B1 dan murid tahun 5B3. Dalam pada itu, pasukan bola sepak SKTM terus mara ke pusingan suku akhir setelah menduduki tangga ke-2 dalam kumpulan. Tahniah diucapkan.

Saturday, February 18, 2012

KURSUS PENGENALAN CATUR 2012


SKTM Sabtu 18.02.2012
Kursus Pengenalan Catur 2012 berlangsung mulai jam 8.30 pagi bertempat di Makmal Sains SKTM. Kursus dianjurkan sebagai persediaan untuk mewujudkan semula Kelab Catur yang ditangguhkan beberapa tahun kebelakangan ini akibat kekangan masa dan kekurangan guru yang arif dalam bidang berkenaan. Kursus disampaikan olen Tn.Hj.Mas'ud b. Hamzah, guru catur SK Titi Serong dan dikendalikan oleh Pn.Syarifah Norhayati bt. Abidin bersama Unit kokurikulum. Sementara itu Bengkel Penggunaan Perisian MBMMBI dijalankan pada jam 11.00 pagi di Makmal Komputer bagi mendedahkan kepada guru-guru khususnya guru Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris tentang penggunaan perisian tersebut. Bengkel dikendalikan oleh Tn.Hj.Zainol Abidin b. Basri, Guru Penyelaras Bestari SKTM. ( foto-foto )

Tuesday, January 10, 2012

TALAQHI MUSAFAHAH


SKTM Selasa 10 Januari 2012.
Kaedah talaqhi, musyafahah dan tasmik merupakan kaedah teras dan tunjang dalam pengajaran dan pembelajaran al-Quran. Melaluinya, murid akan dapat mendengar cara sebutan dan bacaan secara terus melalui lisan guru. Murid kemudiannya akan membaca di hadapan guru dan sebarang kesalahan akan dibetulkan oleh guru serta merta. Inilah kaedah yang digunapakai oleh Jibril ketika menyampaikan wahyu kepada baginda Rasulullah SAW. Penggunaan kaedah ini amat berkesan dibuktikan apabila kadar buta al-Quran dalam kalangan murid SKTM semakin kurang kian hari. Dalam pada itu, bengkel penggunaan perisian MBMMBI dijalankan oleh Unit ICT SKTM hari ini kepada 10 orang murid tahun 5 yang bakal menjadi pembimbing kepada murid-murid lain. Program 1Murid 1Sukan yang bermula semalam diteruskan mulai jam 4 hingga Justify Full5 petang. Program 1 Murid 1 Sukan akan berlangsung setiap hari Isnin hingga Khamis sehingga tamat sesi persekolahan 2012. SKTM Penjana Pendidikan Cemerlang dan Gemilang.