I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, January 9, 2012

PERHIMPUNAN RASMI PERTAMA SESI 2012

SKTM Isnin 9 Januari 2012.
Perhimpunan rasmi pertama sesi persekolahan 2012 berlangsung selama 30 minit. Pn.Harina Zaniol selaku guru bertugas mingguan mendahului ucapan pada perhimpunan tersebut. Turut memberi taklimat pada perhimpunan pagi ini ialah Pn.Hidayat Azimah ( PK Kokurikulum ) dan Hj.Zainol Abidin Basri ( Guru Penyelaras Bestari ). Ustaz Mohamad Shah Ramli, Guru Besar SKTM turut menyampaikan ucapan. Dalam ucapan sulungnya, beliau berharap agar warga SKTM berusaha bersungguh-sungguh demi kecemerlangan diri dan nama baik sekolah. Perhimpunan tamat pada jam 8.10 pagi.

Friday, November 25, 2011

SALAM MAAL HIJRAH 1433

Penghayatan Hijrah

Kesimpulan daripada khutbah Jumaat yang bertajuk Penghayatan Hijrah :
Hijrah terbahagi kepada 5 kategori

1. Hijrah Iman
Kita perlu mempertingkatan iman menerusi amal ibadah dan marilah kita membersihkan sifat-sifat keji (mazmumah) seperti riya', takbur, sombong, irihati, dendam dan sebagainya.

2. Hijrah Ilmu.
Ilmu itu adalah cahaya dan jahil itu berbahaya. Dengan ilmu, Rasulullah saw mampu mengatur strategi hijrahdan berjaya membangunkan Kota Madinah. Firman Allah dalam surah Al-Zumar ayat 9 yang bermaksud : Katakanlah lagi (kepadanya), "Adakah sama orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui ? Sesungguhnya orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang yang berakal sempurna."

3. Hijrah Amal.
Kita hendaklah sentiasa meningkatkan amal soleh sebagai bekalan untuk hari Akhirat. Tanpa amal soleh bagaimana kita ingin selamat daripada azab kubur dan api neraka?Saidina Ali r.a pernah berkata yang bermaksud " beramallah untuk kehidupan duniamu seolah-olah kamu hidup selama-lamanya dan beramallah untuk kehidupan akhiratmu seolah-olah kamu akan mati keesokan harinya."

4. Hijrah Minda
Hijrah minda tidak sukar dilakukan kerana ia hanya perlu kepada mengubah cara berfikir daripada yang negatif kepada yang positif. Contohnya, kita biasa mendengar orang yang malas berusaha berkata, "rezeki secupak takkan menjadi segantang", atau orang yang suka menangguhkan kerja selalu berkata, " esokkan boleh buat" atau pekerja yang malas akan berkata, "kerja kuat pun gaji tak naik.."

5. Hijrah Akhlak atau tingkah laku.
Rasulullah saw berjaya mengubah perangai buruk Kabilah Aus dan Khazraj yang suka bergaduh dan bermusuhan kepada masyarakat yang saling berkasih sayang dan hormat menghormati di antara satu sama lain.
Keruntuhan akhlak antara punca umat Islam menjadi lemah. Pengaruh hidup masyarakat Barat yang terlalu bebas menjadi ikutan segelintir umat Islam seperti suka minum arak, berzina, berjudi, berpakaian seksi dan sebagainya Sabda Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari yang bermasud : "Sesungguhnya aku dibangkitkan untuk menyempurnakan akhlak (budi pekerti) yang mulia..

TAKWIM PEPERIKSAAN DALAMAN MALAYSIA 2012

Friday, November 18, 2011

MAJLIS AKHIR TAHUN STAF SKTM



SKTM Jumaat 18.11.2011
Jamuan akhir tahun staf SK Teluk Medan berlangsung penuh ukhuwah serta kemesraan. Berbeza daripada tahun-tahun lalu, majlis tahun ini diadakan di sekolah bertujuan untuk merapatkan lagi ukhuwah dalam kalangan staf SK Teluk Medan. Bermula jam 3.00 petang, warga staf SKTM mula menyediakan juadah untuk majlis tersebut. Majlis tersebut turut meraikan hari lahir beberapa warga pendidik SKTM. Pada majlis tersebut juga, Pn.Rashidah Sahidan turut menyampaikan ucapan akhirnya di hadapan rakan-rakan staf SKTM. Pada tahun 2012, SKTM akan kehilangan 2 pendidik yang berdedikasi iaitu Pn.Rashidah dan Pn.Sabra Syatila kerana bertukar mengikut suami. Majlis tamat pada jam 5.30 petang. Tahniah kepada seluruh staf SKTM yang menjayakan jamuan akhir tahun 2011 dan selamat bertukar diucapkan kepada Pn.Rashidah Sahidan juga Pn.Sabra Syatila. ( lihat foto-foto )