I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, November 14, 2011

PERHIMPUNAN AKHIR 2011


SKTM 14 November 2011.
Perhimpunan mingguan terakhir bagi sesi persekolahan 2011 terpaksa ditamatkan lebih awal kerana hujan turun pada pertengahan waktu perhimpunan. Namun begitu, beberapa guru termasuk guru besar sempat menyampaikan amanat akhir berupa pengisian semasa cuti persekolahan lebih sebulan. Ustaz Mohamad Shah b. Ramli, Guru Besar SKTM turut berpesan kepada murid-murid tahun 6 yang bakal ke tingkatan 1 tahun hadapan agar menjaga maruah diri dan nama baik SK Teluk Medan ketika berada di sekolah menengah malahan di mana sahaja berada. Raptai awal Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik dan Graduasi 2011 turut dijalankan hari ini sebagai persediaan majlis tersebut yang akan berlangsung pada hari Rabu nanti.

Friday, November 11, 2011

TARIKH KERAMAT


SKTM Jumaat 11.11.11
Ramai yang tertarik dengan angka 11.11.11 sehingga ada yang menamakan hari ini sebagai 'Tarikh Keramat'. Sebuah keluarga berhampiran tempat tinggal penulis mengadakan walimatul urus hari ini 11.11.11 dan jamuannya bermula jam 11.11 pagi. Namun bagi warga SKTM, aktiviti yang direncana berjalan seperti yang dirancang. Guru-guru mula mengeksplorasi perisian pembelajaran MBMMBI yang dipasang semalam oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia di Pusat Akses Sekolah. Setiap perisian tersebut mengandungi 50 modul yang boleh diakses sendiri oleh murid bagi memantapkan penggunaan Bahasa Melayu dan memperkukuhkan Bahasa Inggeris. SK Teluk Medan dipilih sebagai sebuah sekolah rintis bagi program Makmal Bahasa MBMMBI yang akan diperluaskan secara berperingkat. Dalam pada itu, Jawatankuasa Pengawas Sekolah SKTM mengadakan jamuan akhir tahun bermula jam 10.40 pagi. Guru-guru SKTM turut dijemput menghadiri jamuan tersebut. Apapun tarikh yang disebut-sebut sebagai tarikh keramat itu akan wujud setiap tahun." Sesungguhnya semulia-mulia manusia di sisi Allah ialah orang yang bertakwa " maksud Al-quran.

Wednesday, November 2, 2011

SALAM AIDIL ADHA


Seluruh warga ICT SK Teluk Medan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha dan selamat menunaikan ibadah korban 1432 Hijrah kepada seluruh muslimin

Tuesday, November 1, 2011

KEM MEMBACA 1MALAYSIA 2011


SKTM Rabu 2 November 2011.
Kem Membaca 1Malaysia adalah salah satu daripada program Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menanam budaya membaca dalam kalangan masyarakat Malaysia khususnya pelajar-pelajar sekolah. Bermula jam 9.30 pagi, seluruh murid SK Teluk Medan mula membaca serentak dengan warga Malaysia yang lain selama 2011 saat dan dicatatkan dalam Malaysian Book of Record. Semoga program yang dilaksanakan akan menjana pemikiran 1Malaysia.

Tuesday, October 25, 2011

MINGGU SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN


SKTM Selasa 25.10.2011
Kuiz bertulis dan pertandingan melukis poster mengisi aktiviti Minggu Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan 2011. Pertandingan ini hanya melibatkan murid tahap 2. Sementara itu guru Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris yang mengikuti kursus Pemantapan Program MBMMBI minggu lalu mula berjinak-jinak dengan program Netsupport School V10 ( trial version ) yang bakal dibekalkan kepada sekolah untuk penggunaan 2011. Eksplorasi perisian tersebut dibimbing oleh En.Mohd Mokhrish ( Juruteknik PKG TM ) dan Guru Penyelaras Bestari SK Teluk Medan.