I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, September 26, 2011

HARI PERTAMA MINGGU ICT 2011

SKTM Isnin 26.09.2011
Program hari pertama Minggu ICT 2011 berlangsung mengikut tentatif program. Program Eksplorasi dan Bengkel MS Word membuka tirai program Minggu ICT 2011. bagi merealisasikan objektif program, murid-murid tahun 6 dibenarkan membawa komputer riba milik keluarga ke sekolah sepanjang 2 minggu program berlangsung dengan kebenaran ibu-bapa mereka. Selain daripada diberikan info berkaitan, murid-murid juga menjalani bengkel bagi memahirkan mereka menggunakan perisian MS Word.

PELANCARAN MINGGU ICT 2011



SKTM Isnin 26 September 2011.
Pelancaran Minggu ICT 2011 berlangsung seperti yang dirancang. Majlis Pelancaran Minggu ICT 2011 dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Tn.Hj.Zainol Abidin b. Basri, Guru Penyelaras Bestari SKTM merangkap setiausaha perlaksanaan program seterusnya menerangkan beberapa perkara berkaitan objektif dan tentatif sepanjang 2 minggu program berlangsung. Majlis Pelancaran Minggu ICT 2011 disempurnakan oleh En.Mohamad Shah b. Ramli, Guru Besar SKTM. Dalam ucapannya, beliau berharap agar perkembangan dan kemudahan ICT yang terdapat di sekolah dapat digunakan sebaik mungkin bagi menjana kegemilangan diri. Pada akhir majlis, beliau turut melancarkan gimik Minggu ICT 2011 dan pelancaran Rekod Penggunaan Komputer Berkomputer SKTM. Rekod Penggunaan Komputer Berkomputer SKTM tersebut dibangunkan sendiri oleh En.Mohamad Shah b. Ramli dan akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat sebelum diwartakan sebagai dokumen rasmi sekolah. Semoga Minggu ICT 2011 akan menjana kegemilangan warga SK Teluk Medan.

Thursday, September 22, 2011

4 in 1

SKTM Khamis 22.09.2011.
Mesyuarat 4 dalam 1 dijalan mulai jam 1.30 petang. Mesyuarat dimulakan dengan ucapan guru besar, Ustaz Moahammad Shah b. Ramli. Muqaddimah ucapan beliau memberikan motivasi agar warga pendidik meneruskan perjuangan mendidik anak-anak SK Teluk Medan ke mercu kegemilangan meskipun UPSR telah tamat. Mesyuarat Guru mendahului perbincangan dan iikuti oleh taklimat program ' Mai Baca ', Kem jati Diri 2011 dan Minggu ICT 2011 yang akan dijalankan pada minggu hadapan. Mersyuarat 4 dalam 1 tamat pada jam 3.30 petang.

Monday, September 12, 2011

UPSR 2011


SKTM 13.09.2011 Selasa 7.45 pagi.
Seramai 86 orang murid tahun 6 mula menduduki peperiksaan UPSR 2011 yang bermula hari ini. Sebelum memasuki dewan peperiksaan Guru Besar, PK Pentadbiran dan guru-guru tahun 6 sempat meluangkan masa bersama calon UPSR bagi memberikan bimbingan terakhir. Selepas memberikan sedikit motivasi terakhir, guru besar SKTM Ustaz Mohamad Shah b. Ramli memimpin bacaan doa memohon dimudahkan urusan dan dapat menjawab soalan peperiksaan dengan tenang. Seluruh warga SKTM mendoakan agar calon UPSR 2011 beroleh kejayaan dalam peperiksaan yang dihadapi. Peperiksaan UPSR 2011 yang bermula hari ini akan tamat pada hari Khamis 14 September 2011.

Thursday, September 8, 2011

FOTOGRAFI 2011



SKTM Jumaat 11 Syawal 1432.
Sesi fotografi guru-guru dan staf sokongan diadakan pada awal pagi sebelum pembelajaran bermula. Guru-guru dan staf sokongan hadir ke lokasi fotografi dengan memakai 'baju raya' seperti yang disarankan oleh pentadbir. Tahniah kepada seluruh warga kerja SKTM. Semoga ukhuwah yang terhasil menjana kecemerlangan dan kegemilangan SK Teluk Medan.