.
Wednesday, April 30, 2014
Saturday, April 5, 2014
PEMANTAUAN PENGURUSAN ICT SEKOLAH 2014
SKTM Khamis 03.04.2014
SK Teluk Medan hari ini menerima tetamu dari Bahagian Teknologi
Pendidikan KPM. Tujuan kehadiran kedua-dua pemantau tersebut ialah untuk
memantau pengurusan ICT sekolah bagi tahun 2014. Pegawai yang hadir
ialah En.Abdul Aziz How b. Abdullah, KPP Sektor
Pentadbiran Kewangan dan ICT Bah.Pengurusan Sekolah Harian dan En.Razid
b. Ismail, KPP Bahagian Penilaian BTP KPM Kuala Lumpur. . Selepas
mendengar taklimat pengurusan ICT sekolah dan pembentangan beberapa
aplikasi ICT binaan sekolah, kedua-dua pegawai berkenaan dibawa melawat
beberapa pusat ICT utama iaitu Pusat Akses, Makmal Komputer dan Pusat
Makmal Mudah Alih Chormebook. Pada penghujung kunjungan, kedua-dua
pegawai berkenaan turut melawat Pusat Kegiatan Guru yang terletak di
perkarangan SK Teluk Medan. Ustaz Mohamad Shah b. Ramli, Guru Besar SKTM
merupakan wakil bagi negeri Perak ke Anugerah Pengurusan ICT Sekolah
Peringkat Kebangsaan 2014.
Monday, November 4, 2013
MINGGU ICT 2013 - Hari Ke-6
SKTM Isnin 4 November 2013.
Program Minggu ICT 2013 masuk hari ke-6 setelah ianya dilancarkan minggu
lalu. Antara program yang berlangsung hari ini ialah Pertandingan Jejak
Maklumat Melalui Internet dan Eksplorasi VLE Frogasia.
Wednesday, October 30, 2013
PENYERAHAN MOBILE LAB 1BESTARI
SKTM Rabu 25.09.2013
SK Teluk Medan menerima kemudahan makmal komputer mudah alih daripada
pihak Kementerian Pendidikan Malaysia. Kemudahan tersebut merupakan
program rintis bagi program berkenaan sebelum diperluas kesemua
sekolah-sekolah di seluruh negara. Dibawah program berkenaan, pihak
sekolah dibekalkan 41 buah Chrome Book berserta headset dan sebuah super
zoom. Turut hadir pada majlis penyerahan tersebut ialah En.Rosli Che
Omar ( PPD ICT ), Tn.Hj.Hamid (PKGTM), En.Mansor (PKGGS) dan En.Mohamd
Shah Ramli ( GB SKTM ). Semoga kemudahan yang dibekalkan akan menjadi
pemangkin kepada perkembangan budaya ICT dalam pendidikan di SK Teluk
Medan ( lihat Foto )
Subscribe to:
Posts (Atom)